.
Bosan yang melanda diri ini . Aku hanya mampu mengingati mu Allah S.W.T :') Cinta ku terhadap mu tidak akan pernah pudar walau sesaat . Ku pasti merindui mu ketika apa jua yang melanda . Sayang dan cinta kepada mu akan kekal selamanya di hati ini . Only you Allah S.W.T :'*
"Murni Nur Izzati Binti Azizan"
Aku bersyukur atas segala yang kau berikan padaku Ya Allah ..
Cinta kepada Allah S.W.T , akan menjadikan kita utuh di jalan dakwah , mampu melangkah dengan gagah , kerana yakin janji2 Allah S.W.T yang indah~ Cinta kepada Allah , akan menjadikan kita iri hati kepada orang lain yang banyak ilmunya tentang Allah , membuatkan hati kita menjadi gundah , lantas mengatur langkah mencari arah , mencari guru mengenal Allah. Cinta kepada Allah , tak akan membuatkan kita berasa lelah , dalam membuat amal ibadah , kerana semuanya hadiah , tanda syukur kepada Ilahi. Indahnya cinta berTuhan. Subhanalllah...
Cinta kepada Rasul , menjadikan aku insan bersyukur , adanya dia sebagai guru segenap kehidupan , menjadi teladan sepanjang zaman. Cinta kepada Rasul , menjadikan aku pencinta kepada pejuangan , penerus dakwah menegakkan kebenaran. Cinta kepada Rasul, membuatkan airmataku sentiasa menitis , mengenangkan pengorbanannya yang bukannya sedikit , memastikan islam terus bangkit , walau diri terpaksa dihina , baginda tetap meneruskan usaha , demi agama yang tercinta. Ya Allah ,izinkan aku bertemu kekasihMu di akhirat kelak...
Cinta kepada ayah dan bonda, membuatkan aku rase bahagia , dijaga rapi bak sekuntum bunga , disiram dibaja dengan ilmu agama. Cinta kepada ayah dan bonda , menjadikan aku nekad tidak mahu menjadi insan yang sia-sia , tak sanggup aku menconteng arang ke muka mereka , kerana jasa mereka tidak terhingga , berusaha menjaga amanah Allah yang besar anugerahnya. Cinta kepada ayah dan bonda , membuatkan aku rindu menatap wajahnya , insan yang banyak mengajar aku mengenal dunia , yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T buat sementara , dan pasti akan di ambil mereka bila-bila masa. Wahai Allah , Kau peliharalah ayah dan bondaku sepertimana mereka memelihara kami sejak kami kecil hingga dewasa.
♥ Tiada yang lebih indah selain cinta Ilahi .
Sumber dari buku rujukan agama Islam dan laman web google .





No comments :
Post a Comment